APM 27 - Idea awak ada, tapi macam tak de

Hari ini saya mengumpul semua slaid presentation yang saya dapat sewaktu kolokium semalam. Ada lebih kurang 10 set daripada pembentang yang berbeza. Pembentangnya ramai tapi yang saya dapat slaidnya sikit sahaja.

Sambil membaca slaid tersebut, saya cuba mengingat kembali point-point yang diutarakan oleh audience. Audience ramai tapi yang banyak bagi idea tentulah lecturer. Yang lain (studentlah tu), senyap je sebab diri sendiri tak yakin lagi nak komen.

"Tahniah kepada xxxxx kerana dapat membentang proposal anda dengan baik.......Cuma saya rasa idea awak tu ada tapi bila present tu tak nampak problem statement tu dengan clear" Komen seorang penilai...

Hahahah... itulah dilema seorang pelajar apabila mempertahankan proposal.. Bayangkan dalam masa 30 minit, nak cerita apa yang kita dah tulis.. Tulisan kita dahlah panjang sampai 100 muka surat...Presentation sekejap je...

Saya pun masih lagi berhadapan masalah yang sama..Supervisor dah siap pesan " Sharul, kalau present nanti slaid jangan banyak. Terus highlight benda penting"

Adoi... mana ada bengkel yang handle how to prepare slide presentation untuk defends proposal... Kita kena belajar melalui pengalaman orang.. Dengar dan buat persediaan...

So... elakkan komen penilai " IDEA AWAK ADA, TAPI BILA PRESENT MACAM TAK DE"

Comments

Post a Comment

Popular Posts