4 Langkah Nak Tulis Pernyataan Masalah (Problem Statement)

Saya kongsikan empat langkah nak tulis pernyataan masalah berdasarkan pembacaaan saya...

Langkah
- Konstruk/bina kenyataan yang menerangkan keadaan yang ideal bagi kes/tumpuan kajian anda

Langkah 2
Terangkan keadaan semasa yang berlaku/realiti dan bina lompongan/gap kajian anda... Caranya bandingkan antara ideal vs realiti...Apa yang kurang atau apa yang sepatutnya ada...

Langkah 3
-Hubungkan langkah 1 dan Langkah 2 dengan menggunakan perkataan yang kontra... Contohnya ...tetapi (but), walaubagaimanapun (however), Malangnya (unfortunately), 

Langkah 4
-Dengan terperinci, terangkan bagaimana keadaan dalam langkah 2 dapat diperbaiki atau diberikan penemuan baru melalui kajian yang anda jalankan. Penekanan diberikan kepada faedah yang bakal diperolehi atau dimanfaatkan...


So, bolehlah cuba guna tips di atas...Selamat mencuba....Kalau dah cuba, suruh kawan baca...kalau kawan tu faham, boleh suruh pulak supervisor baca...


SELAMAT MENCUBA

Comments

Post a Comment

Popular Posts