APM 24 - Konfius itu tanda kemajuan

Jangan tersengih bila membaca tajuk entri di atas. Memang benar..Itu adalah hakikat dalam menjalankan penyelidikan. Saya sendiri sudah mengalaminya dan masih lagi mengalaminya sekarang. Bila ianya akan berakhir...masih tak de jawapannya...

Apa punca berlaku kekonfiusan ini? Mudah sahaja jawapannya..sebab terlalu banyak membaca..banyak baca, banyak konfius..

Kalau kita merungut perkara ini dihadapan penyelia atau pun pensyarah yang berpengalaman, mereka akan memberikan isyarat BAGUS sebab mereka tahu kita buat kerja. Fenomena ini akan mula dirasai apabila penyelia bertanya tentang GAP (Lopongan) penyelidikan yang hendak dijalankan.

Ingat kengkawan, kita nak kena tahu GAP dulu supaya kita boleh berhujah tentang sumbangan dan kepentingan penyelidikan.

So..teruskanlah membaca walaupun anda semakin konfius..Kalau agak-agak tak boleh nak compute apa yang dibaca, bawalah berehat..Teruskan perjuangan anda yang belum selesai tu... (Peringatan untuk diri sendiri juga..)

Comments

Popular Posts