APM 26 - Berkorban sebelum terkorban..

Minggu ini saya ke UKM sebanyak 3 kali. Selasa (27/11/2012) naik komuter dari Tg.Malim ke UKM, tambang RM 8.90 sehala, perjalanan ambil masa 2 jam 20 minit.. Bertolak jam 6.30 pagi dan sampai ke stesen UKM jam 8.50. Tujuan utama nak dengar pembentangan proposal rakan seperjuangan , Sayed Alwee (calon PhD). Tahniah Sayed... Teruskan langkah mengutip data..

Hari ini , Rabu (28/11) pula ke UKM dengan memandu kereta sendiri. Bertolak dari Tg. Malim jam 6.10 pagi dan sampai di UKM jam 8.10 pagi..Tujuan utama nak membentang kemajuan penyelidikan dalam Kolokium Siswazah FEP, UKM. Alhamdulillah selesai dan banyak mendapat input daripada para pensyarah yang hadir..Selepas pembentangan selesai, habiskan masa dengan mendengar pembentangan rakan-rakan seperjuangan (PhD dan Master) Perakaunan..

Esok juga akan ke UKM. Matlamat dan tujuan yang sama...

Mengapa perlu bercerita tentang perjalanan ke UKM ni? Isunya ialah keletihan. Letih kerana terpaksa berkorban tenaga dan wang ringgit untuk mendapatkan ilmu terutama melalui komen dan cadangan yang diberikan oleh panel penilai.

Komen yang diberikan oleh audience dalam kolokium memang mahal nilainya. Ini kerana mereka nampak apa yang kita tak nampak..Mereka dah lalui kesusahan sebelum kita lagi.. Dan komen mereka ini menyelamatkan kita "Tak Mahu Kita Terkorban Sewaktu Dalam Mencari Pencerahan"


So, janganlah mengeluh (khususnya untuk diri sendiri).. BERKORBANLAH KERANA IA AKAN MENYELAMATKAN ANDA DARIPADA TERKORBAN...

Comments

Popular Posts