APM 25 - Bidang penyelidikan = Pengkhususan Post Graduate

Sepanjang mengendalikan bengkel APM, saya akan memulakannya dengan bertanya tentang latarbelakang para peserta terutama bidang pengkhususan semasa di peringkat ijazah sarjana muda dan bidang pengajian di peringkat sarjana. Bagi peserta yang berada di peringkat PhD, saya amat berminat dengan penyelidikan yang dilakukan semasa di peringkat Sarjana.

Ada dua fenomena yang saya dapat simpulkan. Pertama, kebanyakan pelajar akan meneruskan pengkhususan mereka di peringkat degree ke peringkat master... Dalam erti kata lain, mengekalkan bidang yang sama

Namun, kumpulan kedua ialah mereka yang tidak mengekalkan pengkhususan tersebut. Contohnya, terdapat pelajar yang mengambil sarjana muda bidang teknologi maklumat tetapi di peringkat sarjana pula mengambil bidang psikologi pendidikan.

Tiada isu besar di sini. Cuma apabila kita menentukan bidang penyelidikan, mestilah benar-benar mewakili ijazah pasca siswazah yang kita ambil.

Saya bagi contoh yang mudah dalam bidang perakaunan. Mereka yang mengambil Master of Education (Accounting) perlu memastikan kajian bidang perakaunan yang dilakukan berkait dengan pendidikan. Mungkin tajuk amalan sistem pengukuran prestasi melalui Balanced Scorecard di bidang automotif tidak sesuai untuk anda. Kalau anda berminat juga nak mengkaji tentang Balanced Scorecard, usaha anda boleh diteruskan tetapi tukar tumpuannya dalam institusi pendidikan..Baru ngam dengan skrol yang anda akan dapat..

Dapat ke idea yang saya utarakan di atas ? Angguk tanda faham...Ok..Terus menulis tesis kertas proposal anda..

Comments

Popular Posts