APM 22 - Makin Lama, Makin Hangat

APM Siri 3 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti bengkel kali ini. APM Siri 3 kali ini menyaksikan kehadiran 3 orang peserta daripada luar iaitu 2 orang pelajar pascasiswazah daripada Universiti Malaya dan seorang daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Banyak perbincangan berlaku dalam bengkel kali ini terutama dalam sesi pencarian artikel. Saya sendiri belajar daripada peserta tentang pencarian jurnal dan penulisan dalam bidang lain seperti pengajian bahasa tamil, sastera cina dan sastera cina.

Peserta APM Siri 3 tersenyum riang selepas selesai bengkel...

Kepada semua peserta APM Siri 3, saya mendoakan kejayaan untuk anda semua. Semoga semakin lama menggunakan ilmu yang dipelajari (mendeley dan document map), anda semakin hangat dan bersemangat menyiapkan tugasan dan tesis...

Comments

Popular Posts