APM 19 - Komen peserta APM Siri 2

Petang tadi saya sempat meminta komen daripada salah seorang peserta yang telah menghadiri bengkel APM. Tujuannya agar saya dapat membuat penambahbaikan terhadap perkara yang saya kongsikan dalam bengkel. Bak kata orang, tak semua orang mempunyai keperluan yang sama. Mungkin kaedah A baik untuk saya namun tak berapa sesuai untuk orang lain.

Berikut adalah komen saya terima daripada seorang peserta iaitu Puan Low. Beliau sedang dalam proses menyiapkan proposal penyelidikan. Saya copy dan paste komen beliau melalui email:

Pengisian APM yang paling membantu saya dalam membuat table of content. Penyelia saya mahu saya hantarkan proposal saya dalam masa seminggu. Nasib baik saya menghadiri Kursus APM, so saya dapat mengemas proposal saya dalam masa seminggu dan hantar. Memang jimat banyak masa. TQVM.
(Low, 31/10/2012)

Saya percaya peserta lain juga sedang mencuba mengaplikasikan document map dalam penulisan mereka. Selamat mencuba.....

Comments

Popular Posts