APM 15 - APM Siri 2 Slot 1 berjalan lancar..

Syukur.... petang tadi APM Siri 2 slot 1 telah dijalankan dengan jayanya.. 3 jam waktu yang diperuntukkan penuh  dengan pengisian dan soalan daripada para peserta. Atas permintaan peserta, waktu rehat dilewatkan..Alasannya "kami tengah bersemangat"....

Saya berkongsi pengalaman yang ada agar para peserta tidak leka dengan perjalanan menulis tesis/project paper....Slot hari ini lebih banyak membincangkan carian artikel di internet (online database) dan juga penggunaan mendeley..Cuma saya sedikit terkilan kerana ada para peserta yang tidak berjaya meng'install' software mendeley ke dalam laptop mereka..Itulah namanya dugaan..Namun harapan saya masalah tersebut bersifat sementara..

Pesan saya sebelum menamatkan bengkel tadi  "Cuba guna apa yang telah saya kongsikan tadi. Kalau tak faham boleh tanya minggu depan"

2 keping gambar di bawah diambil sewaktu peserta minum petang..Terdengar mereka sibuk berbincang tentang research..

Semoga para peserta beroleh kejayaan....

Minum petang sambil berbincang tentang penyelidikan - Gaya mereka yang bakal bergelar SARJANA



Walaupun usia mereka berbeza, namun mereka ada persamaan --mereka PENYELIDIK MUDA

Comments

Popular Posts