APM 12 - Adakah duniaku dan duniamu sama?



Jam sudah menunjukkan 11.35 malam. Jiwa penyelidik muda tetap terus menyelongkar artikel yang sudah acapkali dibaca. Ia memberikan signal bahawa kerja-kerja penyelidikan adalah bersifat 24/7. Maknanya kita perlu berfikir 24 jam sehari dan tiada waktu rehat (7 hari seminggu). Bayangkan kalau kita tidak pandai mengurus tekanan...???

Ia mengingatkan saya kepada kejadian sewaktu membayar barang yang dibeli di Tesco Bukit Beruntung petang tadi. Bersungguh-sungguh cashier muda merungut kerana terlalu ramai orang beratur untuk membayar (maaf, pandangan saya tak delah ramai pun). “Lajdahsfg;Guwefkaskgfafg”, rungut si cashier muda. “Sabar lah..nanti cepat tua..” usik rakannya. Balas si cashier muda “aku tension ni, dari tadi ramai orang, tak dapat rehat lagi”....

Saya minta kita terjemahkan dalam kerja-kerja penyelidikan yang sedang dijalankan. Situasinya sungguh berlainan. Kalau si cashier muda sudah tahu jadual rehatnya, kita mungkin tak tentu hala waktu rehatnya. Di waktu kita bersungguh-sungguh untuk menulis, ketika itulah idea tidak bertamu di minda. Tangan lesu untuk mengetuk keyboard komputer. Sebaliknya sewaktu kita merancang untuk berehat bersama keluarga, idea berduyun-duyun datang menjengah di fikiran.  Persoalannya, bersediakah kita berhadapan dengan situasi demikian? Kalau ya, adakah orang sekeliling kita juga bersedia menerima hakikat kerja-kerja penyelidikan  mungkin mengubah cara kita bekerja?

Mungkinkah kita berada dalam dunia tersendiri?????

Comments

Popular Posts