APM 3 - Item soalan - mudah tapi besar ertinya

Ketika sedang menunggui anak saya (hadif) menjalani latihan muzik di studio, saya dihampiri oleh pemiliknya dan diminta untuk mengisi borang soal selidik berkaitan studio milik beliau. Saya dimaklumkan borang soal selidik tersebut disediakan oleh pelajar sebuah politeknik yang sedang mengambil kursus pemasaran. Dengan bangganya saya berkata "bagusnya budak zaman sekarang, dah diajar buat penyelidikan di lapangan pada usia muda" Balas pemilik studio" Bebudak ni akan bagi cadangan kepada kami cara nak pasarkan studio ni pada orang ramai" Jawab saya "baguslah macam tu, dapat bantu studio ni berkembang"

Namun, apabila saya mula mengisi borang soal selidik, saya tersenyum sendirian kerana bahagian pertama yang perlu dijawab ialah berkaitan kemudahan yang ditawarkan. Kalau dalam istilah penyelidikan mungkin boleh dikatakan sebagai pemboleh ubah yang dikaji. Dalam bahagian kemudahan terdapat empat aspek yang ditanya : kemudahan dari segi tandas, kemudahan dari segi pantry, kemudahan dari segi minuman dan kemudahan dari segi pendingin hawa.

Adoiiii.... macam mana saya nak respond kalau saya tak pernah guna tandas studio dan tak pernah terfikir pun meletakkan tandas sebagai penilaian untuk memilih tempat untuk anak berlatih dram. Cuba kita bersama-sama lihat item ini "Kewujudan tandas di XXXX Studio memudahkan saya untuk menggunakan tandas"..."Saya berpuas hati dengan peralatan di dalam tandas XXXX Studio kerana ia selamat dan boleh digunakan"... Skala likert yang diberikan ialah 1= sangat tidak setuju, 4: sangat setuju..

Kalau anda di tempat saya, apakah respon anda?............Apa yang tak kena dengan soalan ini? Bukankah dua item di atas mudah tapi besar erti bagi seorang penyelidik..........Atau saya yang tersalah tafsir item tersebut?......

Comments

Popular Posts