APM 2 - Carian Artikel

Sekadar mengimbas kenangan zaman menuntut di Universiti Utara Malaysia dahulu...Tatkala menyiapkan tugasan di peringkat sarjana muda, saya sering bermasalah untuk mendapatkan rujukan terkini. Maklumlah pada tahun 2000, penggunaan jurnal secara online masih lagi satu benda yang baru. Strategi pada ketika itu ialah perlu pergi ke rak-rak yang menyimpan koleksi jurnal dan membuat salinan. Kerapkali juga berlaku nama jurnal ada tapi apabila dicari di rak, semuanya tiada. Mungkin ada pelajar yang tidak meletakkan semula koleksi jurnal tersebut di rak yang sepatutnya.

Namun, kini semuanya sudah berubah. Hanya dengan sekali klik sahaja, penyelidik@pelajar sudah boleh mendapatkan begitu banyak artikel. Jesteru tidak sepatutnya wujud masalah daripada aspek rujukan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan. Semuanya online..24/7...Database tersebut masih lagi boleh diakses walaupun berada di rumah..

Tetapi berdasarkan pengalaman menyelia kertas projek pelajar degree dan master, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku.
1. Rujukan bukannya yang terkini. Sepatutnya tumpuan diberikan kepada artikel yang diterbitkan dalam tempoh 5 tahun dari tahun semasa
2. Para pelajar kerap menggunakan artikel dalam prosiding sebagai rujukan utama.

So. marilah kita bersama-sama menggunakan database yang ada untuk mendapatkan artikel yang terkini dan relevan. Namun semua ini sebenarnya perlu dipelajari dan dipraktikkan. Jom kita belajar menggunakan sumber rujukan yang ada untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Comments

Popular Posts