APM 6 - Bila jiwaku kacau..

Melakukan kerja-kerja penyelidikan di peringkat PhD memang meruntun jiwa. Memang benarlah kenyataan daripada kawan yang telah menamatkan PhD mereka, "Rul, kadang-kadang bila aku tak ketahuan, aku boleh bercakap sendirian. Sampai anak-anak aku pun tertanya-tanya dengan siapa aku bercakap" terang seorang rakan yang baru sahaja menamatkan pengajian PhD dengan jayanya.

Memang benar yang keadaan ini pernah terjadi padaku..heheh..Pernah sekali selepas kelas di UKM dan dek kerana fikiran melayang memikirkan isu penyelidikan yang dibangkitkan oleh Prof. Norman, aku terlepas simpang masuk ke tol putrajaya dan terlajak sampai ke Sg. Besi.. Kesannya..pemanduan pulang ke Tg, Malim yang sepatutnya mengambil masa 1 jam 35 bertukar kepada 3 jam..

Persoalannya apakah yang kita boleh buat untuk mengurangkan tekanan sewaktu jiwa kacau..Hari ini aku membaca buku yangg ditulis oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk "PhD kecil tapi signifikan". Memang satu kupasan yang memenuhi tuntutan jiwaku yang kacau. Rasa tenang sedikit jiwaku yang kacau ni.. Ayuh, jom kita baca buku ini sebagai sumber kekuatan jiwa. Mungkin rakan-rakan juga mengalami pengalaman yang sama? Tak kira peringkat Master atau PhD, saya percaya semua individu yang bergelar pelajar pasca siswazah berhadapan fenomena yang sama.. Mungkin rakan-rakan sendiri boleh menulis pengalaman tersebut seperti Prof Kamil...

Satu petikan daripada buku beliau tentang penyelia thesis:

'Penyelia adalah seorang manusia yang bermisteri. Bongkarlah misteri tersebut untuk anda memperoleh kejayaan. Yang pasti, jalannya tidak sentiasa sama'

Comments

Popular Posts