APM 7 - Misteri Penyelia Sudah Terjawab..



Hari ini (28092012) mesyuarat jawatankuasa pengajian siswazah jabatan perakaunan di FPE UKM telah dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan ialah penentuan jawatankuasa penyelia bagi pelajar PHD yang telah menamatkan semua kerja kursus. Seorang main supervisor dan dua orang co-supervisor akan dilantik untuk menyelia seorang PHD sehingga berjaya. Saya memang tertunggu-tunggu keputusan mesyuarat sebab permohonan saya akan dibincangkan. 

Tepat 4.42 petang sebaik sahaja selesai menunaikan solat asar, kedengaran bunyi sms masuk. Di skrin telefon tertera nama PM Dr. Ruhanita UKM. Degupan jantung  semakin kencang, excited nak tahu keputusan mesyuarat.

“Assalam Sharul. Just nak maklumkan your supervisory comitte: saya, Dr Amizawati dan Dr. Norliza”.

Terus saya menadah tangan merafakkan doa “Ya Allah, kalau mereka itu yang terbaik untukku, permudahkanlah semua urusan PHD ku in”

Hubungan penyelia-pelajar merupakan satu factor penting yang akan menentukan kejayaan seorang pelajar yang akan menjalankan penyelidikan. Saya sendiri telah menyaksikan bagaimana pelajar memilih seorang penyelia dan saya sendiri pernah menyelia pelajar di peringkat degree dan master. Ada yang laju dan ada yang lambat. Ada yang penyelia terpaksa menghambat pelajar dan ada juga penyelia yang dihambat pelajar.

Saya sendiri perlu bertindak segera..Adakah wujudnya ‘chemistry” antara saya dan penyelia?

Comments

Popular Posts