APM 60 - Perkongsian Persediaan Pembentangan Proposal Penyelidikan

Dalam perbualan kami dalam group Aku Penyelidik Muda (whatsapp) dua hari yang lepas, ada yang bertanya pada saya tentang persediaan untuk proposal defend terutama bilangan slaid power point dan apa butiran yang perlu ada dalam slaid tersebut...

Sebenarnya saya tak de tips yang khas cuma kali ni nak berkongsi pengalaman sendiri...Saya tulis dalam bentuk point...(senang nak baca)...

1. Latih diri anda untuk hadir ke pembentangan proposal rakan-rakan lain..Kita boleh tengok dan lihat apakah isu yang biasanya dibangkitkan dalam pembentangan tersebut...Satu lagi, sebagai pendengar pun bolehlah kita menilai samada pembentangan tersebut menarik atau tidak...kalau menarik, tirulah macam kawan tu....

2. pastikan anda telah mendapat green light daripada SV untuk proposal anda dipertahankan... kalau tak, jgn sesekali berani masuk gelanggang....mahu pitam dibuatnya nanti...

3. proposal yang hendak dibentang mestilah sama dengan proposal yang telah dihantar kepada jawatankuasa penilai...Jgn sukahati tukar isi....kalau ada penambahbaikan, maklumkan segera...Pengsanlah penilai kalau dia baca lain, awak bentang lain...

4. Biasanya pembentangan diberikan 20 minit sahaja...Cuba padatkan fakta yang hendak dibentang...So pandai-pandailah adjust bilangan slaid... saya hari tu 20 slaid sahaja....

5. Cuba buat pembentangan depan kawan, minta komen...kalau malas dan sukar nak dapatkan kawan, buat macam saya...Saya buat pembentangan depan komputer dan rakam... Guna webcam yang ada depan laptop tu...Kemudian dengar semula...saya ambil masa 3 hari untuk praktis bentang depan komputer.....Ingat ye... jangan sampai kena bentang berkali2 depan panel penilai...Biar sekali je .....hehehehe

6. saiz font pada power point mestilah tidak kurang daripada 18 point...Jangan kecil...Audience tak nampak.....Kita memang nampak walaupun pejam... betul tak?

7. Biasanya susunan slaid sama dengan susunan dalam proposal..Cuma elakkan terlampau banyak ayat dalam satu slaid...Kita dah habiskan masa yang lama untuk tulis,,, so proposal defend adalah platform untuk kita tunjukkan kita memang pakar...boleh cerita dgn mudah.....

8. Kalau boleh dapatkan recorder sewaktu pembentangan...audio or video....terutama rakaman komen penilai...saya sanggup beli recorder kat jaya jusco...takut terlepas catat komen penilai...

9. Slaid yang dah siap tu, bawalah cuba SV....SV kita tu dah pakar... sekali tengok je dah tahu kat mana nak improve...

10. Satu lagi.. elakkan letak gambar kartun atau emoticon....memang ia mengganggu....

Ok... kalau ada tips, saya kongsi lagi......

Comments

Popular Posts