APM 59 - Moh kite jauhi perangkap ini.....

Posting kali ini cuba untuk mengingatkan para pembaca yang sedang belajar tentang beberapa perangkap yang selalu ada di hadapan kita namun ianya tak kelihatan...Apa pulak cerita perangkap tak nampak waktu jadi student...Selalunya askar je yang sentiasa berhadapan dengan perangkap....

1. Kelemahan pelajar - kurang kemahiran menjalankan penyelidikan, tak de bantuan kewangan untuk menjalankan penyelidikan, masalah peribadi, persepsi yang salah dalam memahami proses penyelidikan, sukar untuk mendapat bidang penyelidikan yang bersesuaian (viable)

2. Proses penyeliaan yang tidak sesuai - penyelia tak mempunyai kemahiran menyelia, gagal menyediakan waktu untuk penyeliaan, gagal mendapatkan penyelia yang bersesuaian, bermasalah dalam hubungan antara penyelia dan pelajar, penyelia mempunyai beban penyeliaan yang tinggi

3. Persekitaran penyelidikan yang tidak kondusif : tiada capaian data, kurang budaya penyelidikan di tempat kerja, tidak bersama dengan komuniti penyelidik..


Fuhh... gerun juga bila tengok punca yang ada disenaraikan di atas....Opppss...faktor-faktor di atas tu bukan saya reka-reka tau...Ini hasil penyelidikan Ssegawa dan Rwelamila (2009).....

Moh kite jauhkan diri daripada perangkap ini.....

Comments

Popular Posts