APM 58 - Suasana di bilik pembentangan proposal (proposal defend) di UKM @ 13 September 2013


Tepat jam 8 pagi, aku dah terpacak di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM...Tarikh 13 September 2013@ 7 Zulkaedah 1434H akan menentukan samada tempoh 1.5 tahun yang aku korbankan untuk penyediaan proposal akan membuahkan hasil atau tidak...Bagi seorang pelajar PhD, proposal defend adalah hari yang ditakuti....hanya ada 2 keputusan : lulus atau gagal..Setiap langkah menuju ke bilik pembentangan cuba aku rakamkan sebaik mungkin..







Selepas pembentangan dan sesi soal jawab....keputusan akan diumumkan...Jawatankuasa Penilai perlu berbincang sementara aku menjamu selera (minum pagi) bersama rakan-rakan...Waktu tu memang berdebar namun berdasarkan sesi soal jawab, aku yakin ianya positif...

Keyakinan perlu ada...Doa jangan lupa
Antara rakan-rakan yang hadir sewaktu pembentangan
Serius mendengar komen penilai

Tepat jam 10.40,,, semua Jawatankuasa Penilai masuk semula dan keputusan diumumkan..."Oklah Sharul, Jawatankuasa Penilai telah bersetuju untuk meluluskan cadangan penyelidikan awak dengan penambahbaikan...So u kena buat penambahbaikan berdasarkan laporan penilai sebelum u collect data...maksudnya tak perlu dibentang semula... Tahniah"....Dengan selamba main SV pun mencelah "Ok...lunch on him hari ni...Nasi arab''.....Aku pun tersenyum puas....Misi seterusnya ialah data collection....

Comments

Post a Comment

Popular Posts