APM 52 - Penyelidik Menulis, Bukan Menterjemah,,,,

Hahahah...mengapa pula tajuk entri kali ini lain macam je bunyi nya....Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu membaca penulisan pelajar yang diselia oleh rakan2 pensyarah di UPSI..Semoga ia dapat menjadi panduan kita bersama,

Adakah anda faham dengan ayat di bawah..Contoh ini saya ambil dari kawan yang sedang membaca proposal pelajar untuk dinilai..

"Untuk pemacu khusus dari ekonomi baharu digitalisasi dan kesinambungan, penghapusan perantara antara penjual dan pembeli dan pembentukan peranan perantara baharu untuk perantara tradisional, syarikat dimana mampu menghasilkan barang secara individu dibezakan sama ada mengarahkan secara peribadi di telefon atau dalam talian dan gabungan yang dilaraskan operasi dan pemasaran, dan seterusnya pembolehubah industri."

Berpeluh saya cuba fahamkan ayat di atas tapi masih gagal...Adakah kemahiran Bahasa Melayu saya tak sampai tahap yang bagus? Bro and sister, SPM dulu dapat satu tu....hehehehe...Semua rakan pensyarah yang membaca pun tak faham dengan isi yang cuba diutarakan..At the end, ada seorang rakan yang cuba menggunakan google translator bagi membuktikan ada isi di sebalik ayat di atas. Mari kita saksikan hasilnya:

"For specific drivers of the new economy and the continuation of digitalization, the elimination of an intermediary between sellers and buyers and the creation of new intermediary roles for traditional intermediaries, companies are able to produce goods which are individually distinguished either personally ordered on the phone or online and adjusted combined operating and marketing , and so on industry variables"

Wah... sedap betul ayat dalam Bahasa Inggeris di atas... Kan dah kantoi...Guna translator je... kalau macam ini, senanglah saya nak buat penulisan artikel atau penerbitan buku..So apa moral ot the story?
1. Jangan bergantung pada google translator....
2. Sebagai penyelidik, kita perlu menulis dan menyusun idea selepas membuat pembacaan terhadap penulisan penyelidik lain
3. Bantuan rakan-rakan yang mahir menulis dalam BM amat diperlukan untuk menilai penulisan kita. Kalau perlu, berilah upah sikit...Terutama apabila kita menghantar dokumen untuk dibaca oleh penilai. 

Inilah dunia penyelidik muda.. Penuh dengan ragam manusia...Tak kisahlah apa pun yang kita lakukan...Semuanya untuk menambah ilmu di dada...Cuma perlu dinilai pendekatan yang diguna.. 

Comments

Popular Posts