APM 49 - Syukur APM 9 berjalan lancar....



Syukur Bengkel Apm Siri 9 telah berjalan lancar pada 15 Jun 2013 yang lalu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bengkel ini mungkin yang terakhir sebelum bermulanya bulan ramadhan..Terima kasih atas kehadiran para peserta daripada pelbagai latar belakang..Terdapat juga seorang peserta daripada Cheras yang sanggup datang dengan menaiki komuter..Siap paksa adik (yang baru habis STPM) untuk temankan..Tak semena-mena adik dia pun belajar sekali…Beliau merupakan seorang pelajar degree di sebuah IPTS…Katanya dia minat nak sertai APM ni sebab nak buat persediaan bila nak buat kertas projek tahun akhir… Tahniahhh…Lihat kegigihan mereka...

Proses Carian Artikel Secara Online...
Selain itu, saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang lebih berusia daripada saya (macam lah saya ni muda sangat) untuk menyambung pengajian  di peringkat pasca siswazah..Encik Idris, Encik Zul dan ramai lagi..Teruskan perjuangan anda...

Bakal penyelidik......

Banyak juga soalan yang ditanya oleh para peserta terutama yang baru hendak memulakan penulisan...Nasihat saya, manfaatkan cuti semester selama 2 bulan untuk membaca artikel daripada jurnal yang boleh dicapai secara online.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Banyak komputer, banyak ragam....

Comments

Popular Posts