APM 51 - Syukur...Pembentangan di Vietnam berjalan lancar

Syukur...pembentangan yang dibuat dalam International Conference "Impacts of Globalization on Quality of Higher Education" pada 20 - 21 Jun yang lalu telah berjaya disempurnakan dengan jayanya..Saya telah mendapat komen yang positif tentang kerangka konsep kajian yang hendak dijalankan nanti..Terdapat pensyarah dari Kyorin University, Jepun, Dr Malcolm Field yang berminat untuk membuat kajian perbandingan antara universiti Malaysia dan Jepun dengan menggunakan kerangka saya...Fuh..Menarik..Apa-apapun " lets finish my doctorate first,,That is the priority"..Saya juga telah merancang untuk membuat perbandingan amalan sistem pengukuran prestasi universiti Vietnam dan Malaysia..Ini pun sudah ada co-researcher yang berminat..Hopefully boleh dibentangkan dapatan kajian tersebut pada tahun hadapan di konferens yang sama..

Tentu ramai yang tertanya2...Apa benda SEAMEO RETRAC? Ia ditubuhkan oleh Menteri-Menteri Pendidikan Negara-Negara Asean..Rasanya ada 14 pusat yang ditubuhkan..tiap-tiap pusat ada fungsi tersendiri..SEAMEO RETRAC ini adalah pusat yang ditubuhkan untuk memberikan latihan dan platform untuk meningkatkan sektor pengajian tinggi dalam kalangan negara2 Asean...Sebab tu saya suka pergi menghadiri konferens di sini sebab banyak ilmu2 baru tentang pengajian tinggi dapat dikongsi dengan rakan2 penyelidik dari negara lain..

Saya kongsikan beberapa gambar sewaktu konferens
Konferens di adakan di Pejabat SEAMEO RETRAC, Ho Chi Minh City, Vietnam

Next time..ada Dr. depan nama tu...Amin

Plenary Session ...Berkongsi perkembangan IPT di Malaysia

Khusyuk...

Perasmian disempurnakan oleh Dr Witaya Jeradechakul (Thailand), SEAMEO Secretariat's Director..Sebelum ini jawatan tersebut dipegang oleh Dato' Dr. Ahamad bin Sipon (Malaysia)

Para peserta...Terima kasih isteriku yang sudi menemani...



Menjawab persoalan daripada peserta....
Jom kita bentang paper........

Comments

Popular Posts