APM 30 - Elakkan perkara berikut dalam penulisan

Minggu lepas saya berpeluang menghadiri pembentangan proposal PhD oleh seorang calon dalam bidang pengurusan pendidikan. Saya memang sentiasa mencari peluang untuk mendengar komen yang diberikan oleh penilai..

Saya kongsikan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan..(Peringatan untuk diri sendiri) dan perkongsian untuk para penyelidik muda

1. Rujukan terhadap website perlu dielakkan. Contohnya wikipedia..Ini kerana kesukaran untuk menentukan kebolehpercayaan maklumat

2. Kaedah penentuan sampel perlu jelas.. Boleh gunakan jadual krejcie & Morgan atau Cohen..atau kedua-duanya sekali atau sebarang metod yang difikirkan sesuai

3. Sumber instrumen yang digunakan kena diperjelaskan...Terutama sekiranya berlaku penambahbaikan melalui penyelidikan yang sudah lengkap

4. Setiap dimensi yang diukur dalam kajian perlu disokong sorotan literatur..

5. Jika terdapat banyak kajian yang menyokong hipotesis, boleh gunakan jadual sebagai tambahan

6. Dalam membina perenggan, jangan campurkan idea yang perlbagai..Pastikan satu perenggan mewakili satu idea..


Teruskan menulis

Comments

Post a Comment

Popular Posts