APM 37 - KEYWORD Mencari Artikel

Sebelum memulakan proses mencari artikel dalam database, kita perlu menentukan keyword yang akan digunakan. Bagi mereka yang baru belajar menggunakan database, mungkin anda boleh menggunakan basic search dalam pencarian..Bagi yang sudah mahir, kami akan menggunakan advance search...

Tak kisah lah basic atau advance search, yang penting keyword yang kita nak guna..Bagi yang akan menulis dalam bahasa melayu, anda perlu menterjemahkan keyword anda ke dalam bahasa inggeris.. Contoh, kepuasan kerja adalah job satisfaction..Kena pastikan terjemahan itu tepat kerana terdapat perbezaan istilah dan kepelbagaian istilah...

Saya berikan satu contoh...Kalau di Malaysia, kita gunakan istilah pensyarah untuk yang mengajar di universiti..Namun berdasarkan pengalaman saya, terdapat beberapa istilah yang berbeza digunakan oleh penyelidik di tempat lain....Selain istilah lecturer, ada juga yang menggunakan istilah university teacher, academic staff dan academician sewaktu membincangkan peranan pensyarah...

Huhuhu..Cam ne nak tahu istilah yang pelbagai ni...Jawapanya dengan membaca beb...kalau dah banyak baca, anda dapat kenalpasti kepelbagaian ni...Dengan Membaca, Anda Akan Sentiasa Muda..

Comments

Popular Posts