APM 36 - Pentingnya RUJUKAN terkini

Proses menulis literature review bukan merupakan satu proses yang mudah..Ia perlu bermula dengan mendapatkan artikel jurnal yang boleh dijadikan sumber rujukan. Namun usaha untuk mencari artikel ini perlulah dilakukan dengan teliti dan cepat...Persoalannya bagaimana kita boleh dapat mencari dengan cepat?

Kalau zaman saya belajar dulu di UUM pada tahun 1998 - 2000, para pelajar masih lagi bergantung kepada jurnal yang bercetak untuk mendapatkan rujukan. Biasanya saya terpaksa menghabiskan banyak masa bertapa di perpustakaan...Maklumlah terpaksa membelek-belek berpuluh-puluh naskah jurnal untuk rujukan. Kemudian terpaksa pula difotostat untuk dilampirkan dalam tugasan..Proses mencari ini kadang-kadang boleh diselesaikan dengan jayanya dan ada juga ketikanya berakhir dengan kegagalan.....(kecewa)....

Kemudian, kalau tak silap di awal tahun 2000, UUM telah menyediakan terminal database secara online...Seronok betul waktu tu tapi terpaksa pula booking awal.. cuma kena sediakan duit printing je lah....Kalau group assignment, kongsi bayar lah jawabnya...

Namun sekarang semuanya mudah.. boleh dicapai dari rumah melalui proxy server universiti masing-masing..Memang mudah sangat.. Sepatutnya tak de isu tentang rujukan dalam penyediaan tugasan...

Tapi ada juga terjadi kes di mana rujukan tidak tepat dan dah ketinggalan zaman..Apa ? Ketinggalan zaman? Contohnya, kalau kita rujuk hasil kajian berkaitan gaya pembelajaran pelajar dan prestasi mereka, rasanya artikel tahun 1999 tak berapa sesuai. lama sangat dah tu, zaman dah berubah...

Jadi berhati-hatilah dengan tahap kesemasaan rujukan anda..... jangan lama sangat...MAHIRKAN DIRI ANDA DENGAN PENGGUNAAN ONLINE DATABASE.......

Comments

Popular Posts