APM 34 - Tajuk oh Tajuk..

Cuti Sambutan Maulidur Rasul hari ini saya gunakan sepenuhnya untuk berehat sambil membaca semula setiap paragraph yang ada dalam penulisan saya. Hari ini matlamat utama ialah melihat semula pembolehubah pertama dalam penyelidikan saya..Saya cuba membaca dan membuat komen ringkas untuk setiap perenggan..Akhirnya jam 10 malam barulah selesasi..Walaupun rasanya dah melebihi 10 kali saya membacanya, masih lagi terdapat beberapa kesalahan seperti ejaan dan gaya penulisan..Huhuhu..Rasanya kalau dah graduat baru selesasi urusan membaca ni..

Saya teringat kata-kata seorang rakan sekerja sewaktu membincangkan pentingya tajuk tesis.."Sekali baca saja, aku dah tahu mana pembolehubah bebas dan mana pembolehubah bersandar"...Wah... hebat betul bunyinya... Dah macam peribahasa "sekilas ikan dilaut, dah tahu jantan ke betina"..

Saya amat setuju dengan kata-kata rakan saya tadi...Pembentukan tajuk itu penting kerana ia mempengaruhi pembaca:

1. dari tajuk, kita akan dapat tahu pembolehubah yang ada.. mana IV (independent variable) dan DV (dependent variable)
2. Kalau advance sikit.. kita boleh tahu sama ada wujud pembolehubah moderator atau mediator
3. Kalau lagi advance.. kita boleh agak kaedah analisis yang digunakan

Kalau tak percaya, cuba kaedah ini.. ambil artikel yang kita ada tu (yang banyak kita baca tulah)...tengok tajuk dan tengok abstrak...boleh tak kita jawab persoalan no 1 di atas? Kalau boleh dan betul jawapanya,,, kita boleh pertimbangkan tajuknya tepat... Kalau confuse....heheheh.. sendiri mahu ingatlah...

Ok..ingat tu,,, tajuk tesis penting.. reviewer will judges your thesis through its title....SELAMAT MENULIS>>>

Comments

Popular Posts