APM 33 - Pentingnya Literature Review dalam membentuk hipotesis

Semalam saya sempat hadir ke satu mock viva seorang pelajar PhD..Sekali lagi saya berpeluang mendengar komen yang diberikan oleh pembaca dalaman (internal reader) sebelum pelajar membentangkan hasil kajian di hadapan penilai luar..

Kali ini situasinya amat berbeza kerana penyelidikannya sudah siap...Sebarang perubahan terhadap perkara asas seperti pernyataan masalah, literature review dan kaedah analisis sepatutnya tidak boleh dibangkitkan lagi...Kalau ada, maksudnya proposal tersebut tidak boleh diluluskan untuk dikaji.

Saya ingin berkongsi betapa penting literature review...Dalam kajian kuantitatif, kebiasaannya seorang penyelidik akan membentuk hipotesis yang akan diuji. Proses membentuk hipotesis bukannya mudah kerana ia perlu disokong oleh kajian lepas dan teori..Sebab itu andaian-andaian yang berada di kepala penyelidik tak semestinya boleh diterjemahkan dalam bentuk hipotesis..Cari dulu kajian lepas yang ada membincangkan pembolehubah yang hendak dikaji.

Sebagai penyelidik, kita kena buat homework..Maksudnya kena buat literature review lah tu..barulah bila orang bertanya mengapa hipotesis sedemikian,,,kita boleh berhujah dengan baik...Tak delah terkeluar perkataan seperti "memanglah kalau seorang pelajar rajin, pencapaiannya akan bagus". Kan bagus kalau jawapan "seorang pelajar yang rajin akan mempunyai pencapaian yang bagus kerana teori XXX menyatakan sedemikian. Tambahan pula kajian lepas seperti A, B, C dan D telah membuktikan terdapat hubungan seperti dalam hipotesis"...Supervisor dengar jawapan kita pun tersenyum lebar...

Teruskan menulis...(Ingatan untuk diri sendiri)

Comments

Post a Comment

Popular Posts