APM 66 - SMART PASCA Mac 2017 - UPSI

Salam untuk semua....

Rasanya dah lebih satu tahun saya tak menulis di blog sendiri... banyak habiskan masa dengan menjengah blog orang...

Banyak juga aktiviti berkaitan perkongsian Mendeley dan MS Word For Thesis yang saya kendalikan sebagai memenuhi permintaan Institut Pengajian Siswazah UPSI..

Contohnya pagi ni bermula jam 8.30 hingga 1 tengahari, saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman bagaimana Mendeley dan MS Word boleh dimaksimumkan untuk penulisan tesis... Saya gunakan istilah perkongsian pengalaman sebab saya percaya proses menulis tesis banyak dipengaruhi oleh faktor lain.

Saya juga percaya pengalaman para peserta dalam bengkel saya juga akan menjadikan saya peluang untuk memperbaiki diri sebagai seorang pensyarah...Almaklumlah.. banyak KPI yang perlu dicapai... Pengajaran, Penyeliaan, Penerbitan, Penyelidikan, Perundingan, dlll

Saya doakan semua sahabat yang sedang menulis tesis diberikan jalan yang mudah....

Peserta SMART PASCA Mac 2017 - UPSI



Comments

Popular Posts