Bengkel APB (Aku Penyelidik Belia) di RHR Hotel UNITEN Bangi

Salam ramadan untuk semua

Pada 8 Jun 2015 yang lalu, saya dijemput untuk mengendalikan satu bengkel penulisan laporan yang kandungannya mirip-mirip aku penyelidik muda. Terima kasih atas undangan yang diterima melalui Dr. Aisyah Kasa selaku Pengarah Bahagian Penyelidikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (Institute For Youth Research Malaysia - IYRES).

Bagi yang tak biasa dengar tentang kewujudan institut ini... bolehlah layari laman sesawang www.ippbm.gov.my/ . Banyak juga maklumat dan peluang penyelidikan yang boleh diperolehi kerana institut ini bertanggungjawab menjalankan penyelidikan tentang belia dan topiknya merentasi pelbagai bidang. Saya difahamkan institut ini juga menyediakan geran penyelidikan dan mereka juga ada menerbitkan jurnal sendiri Malaysian Journal Of Youth Studies.

Banyak lagi info yang kita boleh dapat dari website IYRES ni...www.ippbm.gov.my/


Menerima cenderahati dari IYRES

Bersama peserta bengkel

Comments

Popular Posts