APM 62 - Tips "meminang" supervisor...Jangan gelojoh....

Apabila nak sambung belajar ni, kita akan berhadapan dengan banyak perkara yang memerlukan keputusan dibuat dengan teliti..bidang apa? part time ke full time? nak sambung kat universiti mana? nak ambil mod A, B atau C?...macam-macam lagilah...itu keputusan sebelum sambung belajar...dah sambung, lagi banyak masalah akan timbul yang memerlukan keputusan dibuat...Sabar je lah...

Namun satu perkara yang sering diabaikan atau kurang diberikan perhatian oleh calon ialah keupayaan untuk mendapatkan supervisor (SV) yang berkualiti...Ini dah kira macam nak meminang anak oranglah...kalau yang dah bercouple tu, mungkin boleh selidik perangai/attitud bakal pasangan kita tu..masa bertunang pun, ada ruang lagi nak buat keputusan...TAPI proses nak cari SV bukannya macam pinang anak orang...Kalau anak orang dah bertunang, kita tak boleh nak masuk meminang lagi...SV yang kita cari ni pulak kalau dah terkenal, ramai pulak yang masuk meminang dan ada kemungkinan pulak satu SV akan banyak tunang..Fuh...kompleks jugak prosesnya...Jadi apa yang boleh kita buat ialah sebelum masuk meminang, kita cuba ikut adat melayu...Kita merisik dulu....Antara cara merisik yang boleh digunakan:

1. cuba tengok kepakaran bakal SV kita tu...baca sedikit CV dia..cari artikel yang dia tulis...baca.....Ingat ye, kepakaran SV akan membantu kita dalam pengajian..Sebab kita ni budak baru belajar, selalu tersesat....

2. kalau agak-agak dah berkenan tu, cuba lah hantar email nak memperkenalkan diri...bagitahulah yang kita tu minat nak sambung belajar dan nak fokus bidang yang sama dgn SV tu....

3. Kalau ada respond, cubalah hantar sedikit proposal atau idea penyelidikan yang kita nak buat...Ini nak tunjuk yang kita ada idea...bukan hangat-hangat tahi ayam...

4. Kalau ada respond, cubalah buat appointment dgn SV tu....dating kali pertama....Kalau ada rezeki, perbincangan dapat dijalankan tentang idea kita tu...

5. Selain tu, tanyalah pada kengkawan yang pernah belajar dgn SV tu..Manusia kan...ada macam-macam kerenah...

Ok tak tips di atas....Ingat pesan saya...merisik dulu, kemudian meminang.......Semoga anda berjaya...



Comments

Popular Posts