APM 55 - Surat Mendaftar Untuk Semester Baru Dah Sampai....

Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi pembaca yang menyambutnya...

Petang tadi saya baru sahaja menerima surat dari UKM...Semua pelajar diminta mendaftar semula di UKM pada awal September 2013 ni...huhuhu...masih lagi dalam mood hari raya, tetiba terima surat yang mengingatkan status saya sebagai seorang pelajar.....So..perkara pertama yang saya lihat adalah takwim akademik untuk semester baharu...Ini kerana banyak peristiwa penting yang perlu diperhalusi bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar terutama apabila semester berlangsung dalam cuti sekolah..

Bagi pelajar UPSI yang majoritinya guru, anda sepatutnya memanfaatkan semester yang akan datang ini sepenuhnya terutama persiapan untuk menulis kertas projek atau disertasi...Sepatutnya alasan kesuntukan waktu/ tak de masa tidak patut wujud....Rancanglah penulisan anda sebaik mungkin...jenguk-jenguklah supervisor  anda tu...buka lah buku research method tu...bacalah artikel yang dah lama di download tu.....

Bagi alumni APM, bolehlah buat ulangkaji sikit2....whatsapp lah kengkawan untuk bertanya khabar.....Saya doakan yang terbaik untuk anda.....

Comments

Popular Posts