APM 47 - APM @ FOB UNISEL berjalan lancar...Alhamdulillah..

Pada 29 April 2013 yang lepas, saya dijemput untuk mengendalikan bengkel APM untuk rakan-rakan di Fakulti Perniagaan UNISEL Shah Alam...Terima kasih diucapkan kepada Puan Aza Azlina (rakan semasa belajar di UUM dulu) yang sudi secara sukarela menguruskan persiapan tempat..Pemilihan tarikh dibuat lebih kurang pada akhir bulan Februari 2013 dulu...Kiranya dua  bulan diperlukan untuk persiapan..lama tu....

Bengkel kali ini agak berbeza dengan APM yang lepas kerana peserta saya adalah pensyarah..Jadi saya kena kongsikan pengalaman jadi penyelia dan pelajar dalam masa yang sama..APM FOB ini lebih kepada proses perkongsian pengalaman...

Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, semua peserta tekun mendengar dan cuba menggunakan ilmu yang dikongsikan..Walaupun jadualnya agak padat, saya dapat rasakan ada sinar kepuasan terpancar dari riak wajah para peserta...Cuba tengok kat bawah...

Merekalah yang akan menaikkan nama FOB UNISEL dalam penyelidikan dan penerbitan...

Comments

Popular Posts