APM 43 - Kapasiti + Kesanggupan + Peluang + Spiritualiti = Kekuatan Seorang Penyelidik Muda

Dah cukup satu tahun setengah bergelar pelajar PhD membuatkan saya betul--betul memahami apa yang kengkawan selalu kaitkan PhD sebagai "perjalanan hidup derita"...namun alhamdulillah saya masih lagi mampu bertahan...dan saya akan terus bertahan dengan usaha dan doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa..

Bagaimana saya cuba bertahan???  Saya percaya kepada empat faktor seperti tajuk di atas:

1. Kapasiti : saya percaya setiap permohonan yang diluluskan oleh sesebuah universiti sewaktu menentukan kelayakan seseorang pelajar pasca siswazah boleh dijadikan satu indikator kapasiti kemampuan pelajar..Saya percaya semua orang yang menyambung pengajian di peringkat master atau PhD adalah orang yang memang layak...

2. Kesanggupan: Sememangnya kita perlu faktor kesanggupan untuk menggerakkan kita melaksanakan kerja..Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kesanggupan ialah tahap motivasi..Jadi keupayaan mengekalkan tahap motivasi diri amat penting...Bagaimana caranya? ia bergantung kepada individu..Saya memang tak pandai memotivasikan diri ni sebab bila dah jadi pensyarah ni, memang kena ada PhD..hehehhe..Cuma antara yang saya lakukan ialah letak potret pakai jubah PhD depan meja study..then bila pandang je, rasa semangat je..Macam gambar kat bawah

Dr Wannabe : Sharul Effendy Janudin


3. Peluang: ini merupakan faktor luaran..Antaranya budibicara dekan memberikan saya ruang pejabat bagi melaksanakan aktiviti menulis..pada saya perkara ini amat penting.. dah pernah cuba buat kerja di rumah...memang tak jadi apa pun...

4. Spiritualiti: Yang ini memang amat penting bagi saya..Saya percaya anda semua percaya akan hakikat hubungan makhluk dengan pencipta..Saya sentiasa menasihati diri agar tidak berasa bangga dengan kelebihan yang Allah berikan..Semua itu hanya pinjaman..Sebagai peminjam, perlulah kita beradab dengan pemberi pinjaman..Sentiasa berdoa..itu kuncinya..

Namun percayalah setiap orang mempunyai keempat-empat faktor di atas... Mungkin ia berbeza antara kita namun ia bergantung kepada bagaimana kita mengoptimumkan sumber yang kita ada...So jangan jadikan kelebihan yang dimiliki orang lain sebagai penyebab kita tak mampu seperti mereka..SEBAB KEJAYAAN KITA ADALAH DI TANGAN KITA, BUKAN DI TANGAN ORANG LAIN....


Comments

  1. saya setuju Encik Sharul...semoga kita sentiasa dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts