APM 49 - Syukur APM 9 berjalan lancar....
Syukur Bengkel Apm Siri 9 telah berjalan
lancar pada 15 Jun 2013 yang lalu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bengkel
ini mungkin yang terakhir sebelum bermulanya bulan ramadhan..Terima kasih atas
kehadiran para peserta daripada pelbagai latar belakang..Terdapat juga seorang
peserta daripada Cheras yang sanggup datang dengan menaiki komuter..Siap paksa
adik (yang baru habis STPM) untuk temankan..Tak semena-mena adik dia pun belajar
sekali…Beliau merupakan seorang pelajar degree di sebuah IPTS…Katanya dia minat
nak sertai APM ni sebab nak buat persediaan bila nak buat kertas projek tahun
akhir… Tahniahhh…Lihat kegigihan mereka...
![]() |
Proses Carian Artikel Secara Online... |
Selain itu, saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang lebih berusia daripada saya (macam lah saya ni muda sangat) untuk menyambung pengajian di peringkat pasca siswazah..Encik Idris, Encik Zul dan ramai lagi..Teruskan perjuangan anda...
![]() |
Bakal penyelidik...... |
Banyak juga soalan yang ditanya oleh para peserta terutama yang baru hendak memulakan penulisan...Nasihat saya, manfaatkan cuti semester selama 2 bulan untuk membaca artikel daripada jurnal yang boleh dicapai secara online.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...
![]() |
Banyak komputer, banyak ragam.... |
Comments
Post a Comment